Ronaldo bukan pemain kegemaran Zidane di Real Madrid

Zidane (kanan) tidak menyenaraikan Ronaldo (kiri) sebagai pemain pilihannya ketika mengendalikan Real.
Zidane (kanan) tidak menyenaraikan Ronaldo (kiri) sebagai pemain pilihannya ketika mengendalikan Real.
A
A
A

ZINEDINE Zidane tidak menamakan legenda Real Madrid, Cristiano Ronaldo apabila menyenaraikan tiga pemain yang berjaya menambat hatinya ketika membimbing kelab gergasi Sepanyol itu.

Zidane mengendalikan Real sebanyak dua kali, memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dalam tempoh dua setengah tahun sejak dia mula mengambil alih jawatan pada Januari 2016.

Kurang daripada sepuluh bulan selepas meninggalkan pasukan berkenaan pada Mei 2018, dia telah dipujuk untuk kembali ke jawatan itu dan menghabiskan dua musim lagi di kelab terbabit walaupun tugas keduanya kurang berjaya.

Ronaldo yang menghabiskan sembilan tahun di Bernabeu selepas perpindahan rekod dunianya pada 2009 tidak bersama Real selepas Zidane kembali.

Tetapi, pemain Portugal itu merupakan pemain utama Real sepanjang musim pertama Zidane yang cemerlang, menjaringkan 112 gol dalam 114 perlawanan yang dimainkannya untuk jurulatih Perancis itu.

Bagaimanapun, prestasi cemerlang Ronaldo itu gagal membuatkan Zidane kagum dan menamakan tiga pemain lain yang dinilai lebih bagus.

“Apabila anda melihat Toni Kroos, Luka Modric dan Karim Benzema bermain untuk anda selama sejam tanpa kehilangan satu bola pun, itu adalah bola sepak,” kata Zidane kepada Canal.

Benzema meninggalkan Real untuk menyertai Liga Pro Saudi pada 2023 manakala Kroos pula telah bermain perlawanan terakhir kelabnya pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2024, memenangi gelaran kelimanya bersama Real – dan keenam keseluruhan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Modric yang kini berusia 39 tahun masih beraksi bersama Real dan kini pemain tertua kelab itu sepanjang zaman selepas memecahkan rekod yang pernah dipegang Ferenc Puskas sejak 1966.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!