'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
SHAH ALAM - Jumlah aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurutnya, jumlah itu membabitkan 108 unit bagi tentera darat, 29 unit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan 34 unit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Secara asasnya, had usia guna aset-aset ketenteraan adalah berbeza mengikut fungsi masing-masing," katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng di Dewan Rakyat semalam.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut menjelaskan, laporan lengkap mengenai punca kemalangan dan jumlah kerugian yang dihadapi selepas Kapal Diraja (KD) Pendekar milik TLDM tenggelam pada 25 Ogos lalu hanya boleh ditentukan setelah siasatan rapi selesai.
Beliau berkata, kementerian menerusi TLDM telah menubuhkan Lembaga Siasatan Khas bagi menyiasat kemalangan yang menimpa kapal tersebut.
Bagaimanapun menurutnya, perkara itu masih perlu diperhalusi dengan lebih lanjut melalui penyiasatan fizikal ke atas kapal setelah diapungkan.
"Dalam hal ini, TLDM sedang melaksanakan kerja salvaj ke atas kapal itu selain mengenal pasti dan memastikan kesemua peralatan di dalam kapal berada dalam keadaan baik serta tidak hilang.
"Berdasarkan laporan terkini, kapal tersebut telah berjaya diapungkan dan kini berada di Yard Tanjung Belungkor,"ujarnya
@sinarharianonline 171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled BULETIN TIKTOK 22 OKTOBER 2024 Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendedahkan terdapat 171 aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mencecah 30 tahun merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan. Ia termasuk 108 unit aset tentera darat, 29 unit aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan 34 unit aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #ATM #Aset #KhaledNordin
original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!