Lynas lancar laman web sedia maklumat sahih

Mimi dan kakitangan Lynas meraikan sambutan Tahun Baru Cina anjurannya di Old Folks Home di Jabor hari ini.
Mimi dan kakitangan Lynas meraikan sambutan Tahun Baru Cina anjurannya di Old Folks Home di Jabor hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) melancarkan mini laman web bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat sahih mengenai operasinya.

Timbalan Presiden Modal Insan dan Komuniti Lynas, Mimi Afzan Afza Abdullah berkata, pembinaan laman web itu dilaksanakan bagi membolehkan Lynas memberi maklumat tepat dan berfakta kepada orang ramai.

Menurutnya, orang ramai perlu mengetahui maklumat tepat mengenai operasi itu tanpa memperoleh maklumat palsu atau tidak tepat daripada pihak luar.

"Sebab itu Lynas begitu komited mendedahkan kepada orang ramai mengenai fakta sebenar.

"Tindakan ini dibuat supaya mereka (orang ramai) tidak mendapat berita palsu mengenai operasi yang telah dijalankan Lynas.

"Jadi, bila ada laman ini, ia akan membantu orang ramai memahami siapa kita, bagaimana beroperasi dan apa sumbangan kita (Lynas) kepada kemakmuran bersama Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan laman web LynasFacts.com pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Lynas di Old Folks Home di Jabor.

Turut diraikan Jabor Old Folks Home, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Putih, Alor Akar Special Child Care Centre dan Rapha Children Home.

Artikel Berkaitan:

Mimi (dua dari kiri) melancarkan laman web LynasFacts.com pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Lynas di Old Folks Home di Jabor hari ini.
Mimi (dua dari kiri) melancarkan laman web LynasFacts.com pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Lynas di Old Folks Home di Jabor hari ini.

Mimi berkata, pembinaan laman web itu dibuat mengikut cadangan Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pakatan Harapan 2018 bagi memastikan orang ramai mempunyai akses mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai Lynas.

"Mereka (orang ramai) boleh melihat rekod prestasi keselamatan, pelan pengurusan residu syarikat dan bagaimana Lynas Malaysia mampu menyumbang kepada kemakmuran bersama, ekonomi dan komitmen syarikat untuk kemapanan termasuk mengenai tapak Pelupusan Kekal (PDF)," katanya.

Dalam pada itu Mimi berkata, terdapat empat kajian saintifik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa terhadap operasi Lynas.

Katanya, hasil daripada kajian itu mendapati operasinya berisiko rendah dan mematuhi peraturan yang berkaitan.

"Perkara ini turut disahkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporan 2014," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!