SJMC Run 2024: Diabetes Dash! tawar hadiah lebih RM20,000

SJMC akan menganjurkan SJMC Run 2024: Diabetes Dash! pada 1 Disember ini sempena meraikan 39 tahun sebagai barisan hadapan industri penjagaan kesihatan swasta di Malaysia.
SJMC akan menganjurkan SJMC Run 2024: Diabetes Dash! pada 1 Disember ini sempena meraikan 39 tahun sebagai barisan hadapan industri penjagaan kesihatan swasta di Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Subang Jaya Medical Centre (SJMC) akan menganjurkan SJMC Run 2024: Diabetes Dash! pada 1 Disember ini sempena meraikan 39 tahun sebagai barisan hadapan industri penjagaan kesihatan swasta di Malaysia.

SJMC dalam satu kenyataan berkata, penganjuran program larian itu turut mendapat kerjasama daripada Action4Diabetes (A4D).

Menurutnya, menerusi kerjasama berkenaan ia dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai diabetes dan menderma alat pemantauan penyakit itu kepada individu yang kurang bernasib baik.

"Selain mempromosikan aktiviti riadah dan gaya hidup sihat, peserta juga berpeluang untuk membawa pelbagai hadiah menarik yang bernilai lebih RM20,000 secara keseluruhannya.

"Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu larian tiga kilometer (km) 'fun run' yang mana menyediakan pakej keluarga, 10km dan juga 21km," katanya pada Selasa.

Tambah kenyataan itu, pendaftaran boleh dibuat menerusi bit.ly/sjmcrun2024.

Jelasnya, cara pendaftaran sangat mudah hanya dengan tiga langkah iaitu scan QR code, pilih kategori, buat bayaran dan hantar penyertaan.

"Bayaran yang dikenakan kepada mereka yang berminat untuk menyertai acara tersebut adalah serendah RM45 bagi 'early bird'.

Artikel Berkaitan:

"Pendaftaran tersebut akan ditutup pada 1 November 2024 atau mencapai 2,000 penyertaan,"ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!