Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
HULU SELANGOR - Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari sebuah rumah di Bandar Utama Batang Kali di sini, pada 12 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan kehilangan Saraliana Muhamad dibuat oleh ibu remaja itu pada Jumaat.
"Saya mengesahkan laporan polis diterima dan pihak kami melaksanakan siasatan di bawah kes orang hilang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Terdahulu tular di laman sosial, Saraliana dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda pada jam 4 petang.
Pakaian terakhir yang dipakai oleh remaja tersebut ketika keluar rumah adalah baju, tudung dan seluar warna hitam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Tolong aku' - Jeritan terakhir anggota polis
23 Disember 2024 03:16pmBekas pengurus kewangan syarikat didakwa palsukan tandatangan surat daftar MIA
23 Disember 2024 03:09pmLelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
23 Disember 2024 02:54pmKPDN Kelantan rampas barangan seludup bernilai RM5 juta
23 Disember 2024 02:49pmCeroboh kem tentera: Lelaki warga Rusia didenda RM1,000
23 Disember 2024 02:34pmDitipu 'pegawai kerajaan' RM13,000, pemilik restoran sedekah makanan ditempah
22 Disember 2024 05:34pmSteven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
22 Disember 2024 08:33pmSultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada Setiausaha Kerajaan Pahang
22 Disember 2024 07:33pmThailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
22 Disember 2024 04:55pm