Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pendekatan noktah kemiskinan tak kira kaum - PM 

22 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pendekatan noktah kemiskinan tak kira kaum - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan kerajaan dalam menoktahkan miskin tegar dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum.

Beliau mengakui, majoriti yang miskin adalah dalam kalangan masyarakat Melayu, namun kategori termiskin dalam kalangan rakyat miskin itu adalah daripada kaum India.

Beliau menjawab soalan tambahan S Kesavan (PN-Sungai Siput) yang meminta Perdana Menteri menoktahkan kemiskinan semua kaum kerana walaupun majoriti paling miskin adalah daripada kaum Melayu, namun kategori termiskin dalam kalangan yang miskin adalah daripada kaum India.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1