Wira, Iswara antara kereta penyeludup dilupus KPDN Kelantan

Azman (kanan) menunjukkan sebahagian daripada kereta yang digunakan oleh penyeludup masih dalam siasatan dan proses pelupusan.
Azman (kanan) menunjukkan sebahagian daripada kereta yang digunakan oleh penyeludup masih dalam siasatan dan proses pelupusan.
A
A
A

BACHOK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Kelantan telah melupuskan 60 buah kereta yang digunakan penyeludup untuk menyeleweng bahan bakar ke negara jiran pada tahun ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, antara jenis kereta yang paling banyak digunakan ialah jenis sedan seperti Proton Wira, Iswara, Perodua Viva dan sebagainya.

Azman (dua dari kiri) semasa sidang media Program Pelupusan Barang Kes di stor penyimpanan KPDN di Kandis, Bachok pada Selasa.
Azman (dua dari kiri) semasa sidang media Program Pelupusan Barang Kes di stor penyimpanan KPDN di Kandis, Bachok pada Selasa.

"Kesemua kereta ini dirampas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 selepas tangki diubah usai untuk tujuan penyeludupan petrol dan diesel," katanya pada sidang media Program Pelupusan Barang Kes di stor penyimpanan KPDN di Kandis di sini pada Selasa.

Menurut Azman, pelupusan itu dibuat selepas dilucut hak oleh mahkamah.

Azman (kanan) menunjukkan sebahagian daripada kenderaan yang disita.
Azman (kanan) menunjukkan sebahagian daripada kenderaan yang disita.

Ujarnya, selain dijual kepada pembeli barang lusuh, kereta itu turut dihadiahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kolej Vokasional untuk tujuan latihan.

Azman memberitahu, sepanjang tempoh tiga tahun bermula 2022 hingga kini sebanyak 726 kenderaan yang berkait dengan Akta Kawalan Bekalan 1961 telah disita.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu sebanyak 666 buah masih dalam siasatan dan proses pelupusan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!