Enam BBP baharu mampu kurangkan kerugian, NART

Nor Hisham (kiri) memberi penerangan kepada Kor Ming ketika melawat ruang pameran di IFCEM 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama
Nor Hisham (kiri) memberi penerangan kepada Kor Ming ketika melawat ruang pameran di IFCEM 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pembinaan enam Balai Bomba Penyelamat (BBP) baharu dijangka dapat mengurangkan tempoh masa respons nasional (NART) dari dua jam kepada bawah satu jam.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, ia juga dapat mengurangkan nilai kerugian dialami akibat insiden kebakaran.

Menurutnya, sejumlah RM2.6 billion kerugian direkodkan akibat kebakaran, tahun lalu.

“Jumlah kerugian ini sangat besar akibat kebakaran, jadi kami berpandangan kalau kita guna peruntukkan sedikit untuk bina BBP mungkin boleh kurangkan nilai kerugian itu.

“Enam balai yang akan dibina adalah BBP Desa Petaling (Kuala Lumpur), BBP Bandar Enstek (Negeri Sembilan), BBP dan Kuarters Kota Kemuning (Selangor), BBP Sepanggar (Sabah) serta dua di Sarawak iaitu BBP dan kuarters Engkelili dan BBP Dalat,” katanya pada Selasa.

Beliau ditemui pada di Persidangan dan Pameran Kebombaan Antarabangsa Malaysia (IFCEM) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, sebanyak 84 lokasi dikenal pasti terdapat keperluan pembinaan balai baharu dan pembinaan enam balai baharu itu akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan warga JBPM.

Beliau berkata, dua daripada enam BBP yang akan dibina bukan merupakan kawasan berisiko kebakaran yang sangat tinggi, tetapi lebih kepada mengurangkan NART.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!