KK Super Mart terima anugerah 'The Great Asia Outstanding Corporation Award'

Dr KK Chai (dua dari kiri) menerima anugerah The Great Asia Outstanding Corporation Award' di majlis berprestij 'The Asia Economic & Entrepreneurship Summit' yang berlangsung di Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Dr KK Chai (dua dari kiri) menerima anugerah The Great Asia Outstanding Corporation Award' di majlis berprestij 'The Asia Economic & Entrepreneurship Summit' yang berlangsung di Royale Chulan, Kuala Lumpur.
A
A
A

KK Super Mart sekali lagi mengukir kejayaan luar biasa apabila menerima anugerah 'The Great Asia Outstanding Corporation Award' di majlis berprestij 'The Asia Economic & Entrepreneurship Summit' yang berlangsung di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pengiktirafan itu mencerminkan pencapaian KK Super Mart yang berjaya meletakkan jenama tempatan di barisan hadapan perniagaan dalam industri peruncitan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pengasas dan Pengerusi KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, penerimaan anugerah itu bukanlah pencapaian individu semata-mata tapi usaha gigih seluruh pasukan.

Menurutnya, pasukan KK Super Mart sentiasa berdedikasi dan bekerja keras untuk memacu syarikat ke hadapan.

Dr KK Chai (kanan) ketika hadir majlis berprestij 'The Asia Economic & Entrepreneurship Summit' yang berlangsung di Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Dr KK Chai (kanan) ketika hadir majlis berprestij 'The Asia Economic & Entrepreneurship Summit' yang berlangsung di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

"Keunikan Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum, budaya dan agama merupakan penyumbang kepada kejayaan usahawan seperti saya.

"Kepelbagaian dan perpaduan rakyat Malaysia telah membuka peluang yang luas untuk kita semua berkembang bersama," ujarnya.

Penghargaan itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir majlis berkenaan, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak

Chai turut merakamkan penghargaan kepada Fadillah dan Ahmad Fuzi di atas sokongan mereka mengiktiraf majlis berprestij itu.

"Ia seterusnya memperkukuhkan lagi hubungan erat antara sektor perniagaan dan pihak kerajaan dalam bersama memajukan Malaysia," katanya.

KK Super Mart mencatatkan pelbagai kejayaan besar sejak penubuhannya pada tahun 2001.

Bermula dengan sebuah kedai runcit kecil, kini jenama KK Super Mart menjadi rangkaian kedai serbaneka 24 Jam tempatan yang dikenali ramai.

Hampir 900 cawangan dibuka meliputi kawasan bandar, luar bandar, pusat membeli belah, universiti, lapangan terbang dan banyak lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!