Ahli lembaga koperasi direman kes pelaburan RM3.2 juta

Perintah reman terhadap lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
A
A
A

IPOH - Seorang ahli lembaga sebuah koperasi agensi kerajaan direman lima hari bagi membantu siasatan kes melibatkan wang pelaburan bernilai RM3.2 juta.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Hanum Mohamad Sah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa, selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman terhadap lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dia yang berpakaian baju lokap SPRM tiba di mahkamah kira-kira jam 10.24 pagi dan keluar 25 minit kemudian

Lelaki itu yang juga Pegawai Khas Projek ditahan kira-kira jam 2.25 petang Isnin ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Perak di Meru.

Difahamkan penahanan lelaki berkenaan dibuat bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kedudukan untuk dua pelaburan, masing-masing melibatkan RM700,000 dan RM2.5 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!