[VIDEO] PM puji cadangan Syed Saddiq

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji cadangan untuk meningkatkan bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuat secara berkala tanpa perlu menunggu pembentangan belanjawan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertimbangan itu mengambil kira keperluan rakyat yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

“Terima kasih (Ahli Parlimen) Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman). Tentang cadangan menetapkan undang-undang itu akan kita kaji.

“Ini cadangan baharu yang baik, iaitu lihat umpamanya keperluan berdasarkan kenaikan kos sara hidup,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai cadangan supaya kerajaan menaikkan nilai ambang pendapatan secara berkala dengan kaedah penetapan melalui undang-undang tanpa menunggu belanjawan tahunan.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan kerajaan belum membuat ketetapan mengenai kegunaan penjimatan diperoleh menerusi pelaksanaan rasionalisasi subsidi dan peningkatan cukai jualan.

“Setakat ini kita belum tetapkan melainkan RM3 bilion untuk kelompok miskin melalui STR atau kepada rakyat umumnya dengan meningkatkan jumlahnya, dan juga peningkatan untuk pendidikan dan kesihatan agak lebih ketara.

“Kalau YB Muar lihat umpamanya memang ada peningkatan walaupun masih defisit. Kita masih kurangkan defisit, hutang kita kurangkan tetapi kita masih ada peningkatan. Peningkatan itu, sebenarnya daripada penjimatan dan pendapatan negara. Baik hasil dan juga penjimatan dan penyasaran subsidi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

PM puji cadangan Syed Saddiq #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #STR #SyedSadiq #AnwarIbrahim

BCC News - Ockeroid

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!