Pesawat kargo disangka pesawat tentera ditembak jatuh

Foto Sudan War Monitor
Foto Sudan War Monitor
A
A
A

NAIROBI - Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera, menurut laporan Agensi Berita Rusia (TASS) yang memetik laman sesawang Sudan War Monitor.

Laporan itu menyatakan seorang komander RSF dalam rakaman video mendakwa bahawa mereka menembak jatuh "pesawat Antonov Mesir" menggunakan peluru berpandu.

Sebelum ini, laman sesawang itu juga melaporkan bahawa komander RSF, Mohamed Hamdan Dagalo menuduh Mesir terlibat dalam konflik semasa, namun tuduhan itu dinafikan oleh pihak berkuasa Mesir.

Menurut Sudan War Monitor, pesawat yang ditembak jatuh itu adalah pesawat jenis Il-76, dengan seorang anak kapal dikenalpasti sebagai Viktor Granov - ketua jurutera bagi Airline Transport Incorporation FZC yang berpangkalan di UAE dan mempunyai hubungan dengan Kyrgyzstan.

Seorang lagi anak kapal dilaporkan memiliki pasport Rusia.

Tiada mangsa yang terselamat dan sebahagian besar pesawat musnah akibat kebakaran, menurut laporan itu.

Sebelum ini, Kedutaan Rusia di Sudan memaklumkan bahawa mereka sedang menyiasat insiden terbabit yang berkemungkinan melibatkan warganegara Rusia.

Kedutaan itu turut menjelaskan bahawa situasi semakin rumit kerana lokasi nahas terletak di wilayah Darfur, yang kini sedang berdepan konflik bersenjata. - Bernama

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera, menurut laporan Agensi Berita Rusia (TASS) yang memetik laman sesawang Sudan War Monitor. Laporan itu menyatakan seorang komander RSF dalam rakaman video mendakwa bahawa mereka menembak jatuh 'pesawat Antonov Mesir' menggunakan peluru berpandu. #SinarHarian#SinarTerkini#Pesawat#Ditembak#Rusia#VideoViral original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!