Muzakarah pakar bincang hukum solat tanpa pakaian tutup aurat dalam telekung

Jabatan Mufti Selangor memuat naik hantaran infografik mengenai hukum solat wanita tidak memakai pakaian menutup aurat di dalam telekung pada 18 Oktober lalu.
Jabatan Mufti Selangor memuat naik hantaran infografik mengenai hukum solat wanita tidak memakai pakaian menutup aurat di dalam telekung pada 18 Oktober lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan muzakarah pakar bagi meneliti secara terperinci hukum solat dengan pemakaian telekung kebiasaan wanita Melayu.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, pihaknya telah meminta Bahagian Fatwa mengadakan muzakarah itu dalam masa terdekat.

Ahnar
Ahnar

"Jabatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sangat prihatin dalam memberikan pandangan, cadangan serta maklum balas terhadap artikel Taudhih Al-Hukmi bertajuk 'Penjelasan hukum solat dengan pemakaian telekung kebiasaan wanita Melayu'.

"Hasil daripada muzakarah ini nanti akan dikongsikan kepada masyarakat insya-ALLAH," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.

Pada 18 Oktober lalu, Jabatan Mufti Selangor memuat naik hantaran info grafik mengenai hukum solat wanita tidak memakai pakaian menutup aurat di dalam telekung.

Menurut huraian itu, hukum pakaian yang tidak menutup aurat di dalam tudung telekung adalah tidak sah

"Alasan hukum menyatakan aurat boleh kelihatan dari arah bawah tudung telekung dan bukan dari arah bawah pakaian (kain telekung) yang dimaksudkan oleh ulama.

Artikel Berkaitan:

"Memakai pakaian yang tidak menutup aurat di dalam telekung tidak dikira sebagai usaha menutup aurat dengan sempurna kerana inisiatif memakai pakaian menutup aurat tidak dianggap sukar pada zaman ini," jelas huraian itu.

Bagaimanapun huraian itu memaklumkan, hukum solat itu sah sekiranya pakaian di dalam telekung itu menutup aurat kerana aurat tidak kelihatan dari arah bawah tudung telekung.

Huraian itu menjelaskan, pakaian yang menutup aurat di dalam telekung dikira sebagai usaha maksimum untuk menutup aurat secara sempurna.

Menurut huraian itu, aurat yang dapat dilihat dari arah bawah tudung telekung tidak termasuk dalam kategori aurat dimaafkan.

Bagaimanapun, solat yang dilaksanakan sebelumnya dalam keadaan tidak mengetahui akan hukum itu tidak perlu diganti atas alasan ia merupakan perkara tersembunyi dalam kalangan masyarakat serta menjadi adat kebanyakan wanita di negara ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!