Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$119.6 bilion pada 15 Oktober

Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$119.6 bilion pada 15 Oktober 2024 berbanding dengan AS$119.7 bilion pada 30 September 2024.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$119.6 bilion pada 15 Oktober 2024 berbanding dengan AS$119.7 bilion pada 30 September 2024.
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$119.6 bilion pada 15 Oktober 2024 berbanding dengan AS$119.7 bilion pada 30 September 2024.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, menurut BNM dalam kenyataan pada Selasa.

Komponen utama rizab antarbangsa itu meliputi rizab mata wang asing (AS$106.6 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM596.87 bilion yang meliputi emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM491.64 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.53 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.65 bilion), tanah dan bangunan (RM4.11 bilion) serta aset lain (RM58.14 bilion).

BNM menjelaskan modal dan liabiliti berjumlah RM596.87 bilion merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.39 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.20 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM138.12 bilion), deposit oleh kerajaan Persekutuan (RM8.45 bilion), deposit lain (RM65.19 bilion), Kertas Bank Negara (RM12.22 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion) dan liabiliti lain (RM2.98 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!