Penyasaran subsidi RON95: Rebat tunai lebih mudah, kurang ketirisan - Shahril

Shahril Hamdan dalam Podcast Keluar Sekejap di platform Youtube pada Isnin.
Shahril Hamdan dalam Podcast Keluar Sekejap di platform Youtube pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kaedah rebat tunai dalam pelaksanaan subsidi bersasar RON95 lebih mudah dan kurang risiko ketirisan berbanding penggunaan sistem pengesahan MyKad.

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, berdasarkan rujukan kajian, terdapat beberapa cabaran akan dihadapi rakyat sekiranya kerajaan menggunakan mekanisme MyKad tersebut dalam penyasaran subsidi.

“Pada saya ia (kaedah MyKad) cantik dari segi teori tetapi dalam pelaksanaan atau bila baca kajian, perkara ini memang akan terdedah kepada penyalahgunaan maknanya kita boleh pakai orang lain punya MyKad untuk isi minyak.

“Kedua, bayangkan masa yang diambil. Hendak masukkan MyKad dalam mesin untuk pengesahan itu mungkin (makan) tambahan masa.

“Jadi kos, masa di pam minyak itu sendiri dan boleh ada risiko ketirisan yang besar,” katanya ketika dalam Podcast Keluar Sekejap pada Isnin.

Podcast episod 128 itu dihoskan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Shahril di platform Youtube.

Kerajaan menerusi Belanjawan 2025 pada Jumaat bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pertengahan tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan yang dicapai daripada pelaksanaan penyasaran itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Shahril yang juga bekas Penasihat Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri turut mencadangkan supaya jumlah rebat tunai itu ditentukan pada kadar berbeza dan diberikan kepada rakyat berdasarkan perbelanjaan bulanan mereka untuk RON95.

“Ia jadi seperti GST. Rakyat dibolehkan untuk tuntut balik (jumlah yang dibelanjakan oleh mereka).

“Itu lebih mudah dan kurang risiko ketirisan berbanding dengan menggunakan MyKad atau sebarang kad,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!