Anwar adakan pertemuan bersama Kelab Penyokong Kerajaan

Anwar mengadakan pertemuan dengan kepimpinan BBC pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar mengadakan pertemuan dengan kepimpinan BBC pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (BBC) bagi membincangkan keperluan mewujudkan sinergi dinamik antara kementerian dan agensi kerajaan dengan semua Ahli Parlimen kerajaan.

Pertemuan itu yang diketuai oleh Presiden BBC, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah turut membincangkan pelbagai isu penting termasuk pendidikan, kebajikan, pusat khidmat ahli Parlimen, serta penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

"Jalinan kerjasama ini amat penting kerana ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk mendalami setiap dasar, inisiatif, dan bantuan yang diusahakan oleh kerajaan Madani supaya maklumat ini dapat disampaikan ke setiap pelosok masyarakat," kata Anwar menerusi catatan dalam Facebook rasminya.

Pertemuan itu diadakan selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!