Anak bongsu Lee Kuan Yew jadi pelarian politik di UK

Hsien Yang
Hsien Yang
A
A
A

SINGAPURA - Lee Hsien Yang, anak bongsu kepada perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew, kini berada di United Kingdom sebagai pelarian politik selepas memohon suaka di negara itu pada tahun 2022 sebagai jalan terakhir.

Adik lelaki kepada Menteri Kanan Lee Hsien Loong dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa, menjelaskan bahawa dia masih warganegara Singapura dan berharap suatu hari nanti keadaan akan membolehkannya kembali ke tanah air dengan selamat.

Dalam hantaran itu, Hsien Yang mendakwa bersama-sama dengan kakaknya mendiang Lee Wei Ling, mereka bimbang mengenai kemungkinan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa negara terhadap mereka dan keluarga.

Hsien Yang turut mendakwa bahawa akibat daripada risiko itu, dia tidak dapat menghadiri pengebumian Wei Ling.

Pertelingkahan dalam keluarga Kuan Yew mula tercetus selepas kematian bapa mereka, dengan perselisihan faham berhubung pelbagai isu, termasuk mengenai kediaman di 38 Oxley Road. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!