[VIDEO] Enam etnik Rohingya termasuk wanita aktif pecah rumah tumpas

A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis menahan enam individu etnik Rohingya termasuk seorang wanita disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah di negeri ini dan Melaka sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, kesemua yang suspek berusia 15 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi di Kota Tinggi, pada 25 September lalu.

Kumar (dua ari kiri) menunjukkan barang kemas yang dirampas daripada kumpulan pecah rumah etnik Rohingya dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru.
Kumar (dua ari kiri) menunjukkan barang kemas yang dirampas daripada kumpulan pecah rumah etnik Rohingya dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru.

Menurutnya, wanita yang menjadi dalang kumpulan itu mempunyai 54 rekod lampau berkaitan jenayah pecah rumah di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu sejak 2014.

“Kita percaya semua yang ditahan ini mempunyai pertalian keluarga tetapi masih belum dapat disahkan kerana semasa tangkapan tiada dokumen.

Kumar menunjukkan jam tangan yang dirampas daripada kumpulan pecah rumah etnik Rohingya dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru.
Kumar menunjukkan jam tangan yang dirampas daripada kumpulan pecah rumah etnik Rohingya dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru.

“Hanya dua daripada suspek termasuk wanita itu yang merupakan dalang kumpulan ini mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Sementara empat lagi suspek tidak mempunyai sebarang dokumen,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Kumar berkata, modus operandi kumpulan terbabit adalah menjadikan kawasan perumahan mewah yang tiada pengawal keselamatan sebagai sasaran.

Kumar (tengah) menunjukkan peralatan pecah rumah yang dirampas daripada kumpulan pecah rumah etnik Rohingya dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru.
Kumar (tengah) menunjukkan peralatan pecah rumah yang dirampas daripada kumpulan pecah rumah etnik Rohingya dalam sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru.

"Mereka bergiat aktif pada waktu siang dan ahli kumpulan berkenaan akan memantau kawasan sekitar rumah untuk memastikan tiada pergerakan dalam rumah.

"Seterusnya mereka akan menggunakan pemutar skru dan pahat kecil untuk mengumpil masuk ke dalam rumah.

"Sasaran mereka ialah wang tunai, barang kemas, jam tangan, beg berjenama dan barangan lain yang berharga serta mudah dijual," jelasnya.

Beliau memberitahu, polis berjaya merampas barang hasil pecah rumah bernilai RM675,000 melibatkan wang tunai, barang kemas, beberapa beg dan jam tangan berjenama yang dilaporkan hilang.

Turut dirampas beberapa beberapa kenderaan dan barangan yang digunakan kumpulan berkenaan untuk melakukan each rumah.

"Dengan tertangkap semua suspek ini pihak polis telah berjaya menyelesaikan 21 kes pecah rumah di sekitar Johor dengan anggaran kerugian sebanyak RM1.25 juta," tambahnya.

Menurut Kumar, semua suspek disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan pecah rumah dan Seksyen 411 KK kerana menerima atau menyimpan harta curi.

“Mereka juga disiasat bawah Seksyen 448 KK kerana pencerobohan rumah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Dalam pada itu, polis masih mencari seorang lagi ahli kumpulan itu bernama Mohammad Shukur Mohamad Salim yang masih bebas.

“Suspek wanita ini bersama-sama seorang lagi yang mempunyai kad UNHCR sudah dituduh atas kes pecah rumah di mahkamah di Pontian pada awal Februari lalu dan kes masih dalam perbicaraan.

“Sementara menunggu perbicaraan wanita ini masih melakukan kegiatan pecah rumah. Wanita ini dipercayai sudah aktif melakukan pecah rumah sejak berusia 19 tahun pada 2014,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!