[VIDEO] Anwar tegur MP pembangkang dakwa kerajaan gagal noktahkan miskin tegar

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur seorang ahli Parlimen pembangkang susulan kenyataannya mendakwa kerajaan gagal menoktahkan miskin tegar mengikut tempoh yang dirancang.

Jelas Ahli Parlimen Tambun itu, jumlah isi rumah yang masih berada dalam kategori berkenaan merupakan rekod sama ketika Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara sebelum ini.

"Janganlah kata gagal (usaha kerajaannoktahkan kemiskinan) jumlah ini YB Rantau Panjang.

"Jumlah yang saya sebut mula tadi itu, adalah jumlah masa kerajaan yang disokong oleh Yang Berhormat.

"Kita guna angka itu dan kita selesaikan. Kemudian saya rujuk kepada semua kerajaan negeri," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Anwar meninggalkan dewan selepas Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. Foto Bernama
Anwar meninggalkan dewan selepas Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. Foto Bernama

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang memintanya menyatakan status terkini usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar sebagai mana yang telah dijanjikan pada 2023.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, semua menteri besar memberi kerjasama sepenuhnya tidak seperti ahli Parlimen.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini Menteri Besar-Menteri Besar tidak semesti seperti ahli Parlimen, dia bagi kerjasama sepenuhnya dan saya beritahu jumlah ini (miskin tegar) sekian di Kelantan, umpamanya sekian-sekian di Rantau Panjang, kita selesaikan.

"Tetapi saya minta Kerajaan Negeri, termasuk pegawai jajahan, untuk tambah lagi dan kita lakukan dan kita pinda daripada pendekatan lama yang kerajaan dulu buat kepada pendapatan per kapita.

"Ia berdasarkan maklumat baharu, termasuk daripada Majlis Kos Sara Hidup dan libat urus kita dengan kerajaan-kerajaan negeri yang belum pernah dilakukan sebelumnya," katanya.

Anwar sebelum itu memaklumkan, sehingga 21 Oktober tahun ini, kerajaan menyelesaikan 65.6 peratus kemiskinan tegar daripada 22,893 yang telah didaftarkan berdasarkan rekod 1 Ogos yang lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!