Liam Payne ambil pelbagai jenis dadah sebelum meninggal dunia

Liam Payne
Liam Payne
A
A
A

BEKAS anggota kumpulan One Direction, Liam Payne didapati mengambil pelbagai jenis dadah sebelum ditemukan mati minggu lalu.

Menerusi laporan ABCNews, hasil ujian toksikologi mendapati Payne mengambil kokain merah jambu yang merupakan dadah campuran methamphetamine, ketamin dan lain-lain bahan.

Selain itu selebriti berusia 31 tahun itu turut mengambil dadah jenis kokain dan benzodiazepin di dalam bilik hotel susulan penemuan paip aluminium buatan sendiri di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun setakat ini, mayat Payne masih berada di Argentina sehingga prosedur bedah siasat selesai dibuat sebelum proses pengebumian dan dijangka akan dibawa pulang ke England pada November depan.

Terdahulu, Payne disahkan maut akibat terjatuh dari balkoni tingkat tiga di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada 16 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!