Polis tahan lelaki samun pekerja hotel

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah hotel di Kuala Terengganu. Foto hiasan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah hotel di Kuala Terengganu. Foto hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah hotel di daerah itu sekitar 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, sebelum itu pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian samun terhadap pekerja hotel pada 4.20 pagi tadi.

Beliau berkata, suspek yang berusia 24 tahun dan bersenjatakan parang itu, telah melarikan wang tunai berjumlah RM6,600 daripada mangsa.

"Hasil risikan dijalankan berjaya menahan lelaki tersebut di daerah Marang. Semasa tangkapan polis turut merampas sebuah motosikal, topi keledar dan parang yang dipercayai digunakan untuk menyamun.

"Selain itu polis turut menemukan wang tunai berjumlah RM5,180 serta resit deposit wang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azli berkata, tangkapan dalam tempoh 24 jam itu juga membolehkan polis menyelesaikan satu kes kecurian wang di hotel yang sama, sebulan lepas.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukum penjara selama 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!