Selangor jumpa Jeonbuk tanpa tonggak

Nidzam (kiri) bersama pemain Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar semasa sidang media pra perlawanan Kumpulan H ACL2 di MBPJ pada Selasa. Foto: Selangor FC
Nidzam (kiri) bersama pemain Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar semasa sidang media pra perlawanan Kumpulan H ACL2 di MBPJ pada Selasa. Foto: Selangor FC
A
A
A

SELANGOR FC bakal melayan kunjungan kelab berprofil tinggi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tanpa tiga tonggak utama.

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil ketika mengesahkan perkembangan itu berkata, The Red Giants terpaksa melupakan khidmat pemain import dari Jordan, Noor Al-Rawabdeh untuk tempoh sembilan bulan akibat kecederaan ligament anterior cruciate (ACL).

Selain itu jelas Nidzam lagi, Red Giants juga kehilangan khidmat kapten pasukan berpengaruh Safuwan Baharudin selain Mukhairi Ajmal yang masih belum sembuh untuk perlawanan berkenaan.

“Sesuatu yang amat menyedihkan apabila kita akan kehilangan khidmat Noor Al Rawabdeh untuk tempoh sembilan bulan.

“Satu kehilangan besar tidak hanya buat Selangor, tetapi juga skuad kebangsaan Jordan. Noor bersama Selangor merupakan penolong kapten yang memiliki karakter sama seperti Safuwan.

“Bagaimanapun pasukan masih memiliki beberapa pemain yang berada dalam penilaian terakhir untuk kita melihat mereka bersedia atau sebaliknya diturunkan dalam perlawanan menentang Jeonbuk,” katanya pada sidang media pra perlawanan Kumpulan H ACL2 di MBPJ pada Selasa.

Selangor membuka gelanggang ACL 2 dengan mengikat kelab liga Thailand, Muangthong United 1-1 di Bangkok sebelum menang tipis 1-0 ke atas gergasi Filipina, Dynamic Herb Cebu FC di Petaling Jaya.

Pada masa sama Nidzam juga memaklumkan status terkini seorang lagi pemain lincah Red Gaints, Alvin Fortes yang masih belum dapat dipastikan khidmatnya berdepan pendahulu Kumpulan H berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Ya, Fortes masih memerlukan pelepasan daripada doktor pasukan sebab selepas ini kita akan berdepan dengan JDT (Johor Darul Ta'zim).

“Dan sekali lagi keutamaan saya adalah berkenaan kesihatan pemain-pemain. Sekiranya doktor pasukan benarkan dia bermain kita akan senaraikannya,” katanya.

@sinarharianonline

Harith aset masa depan Selangor, Malaysia Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil menyifatkan Harith Haiqal Adam Afkar sebagai aset masa depan bola sepak Selangor dan Malaysia pada masa depan. Reaksi Harith Haiqal mengenai ketiadaan beberapa tonggak utama menjelang perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Jeonbuk Hyundai Motors, pada Rabu. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #BolaSepak #SelangorFC #HarithHaiqal #Atlet #Jeonbuk

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!