Guardiola belum terdesak turunkan de Bruyne

De Bruyne Foto: Agensi
De Bruyne Foto: Agensi
A
A
A

PEMAIN Manchester City, Kevin de Bruyne sememangnya perlu kembali beraksi selepas direhatkan berikutan kecederaan otot, kata pengendali Manchester City, Pep Guardiola, sambil menegaskan pemain tengah itu belum bersedia berdepan Sparta Prague di laman sendiri dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

De Bruyne yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan ketika menentang Inter Milan dalam Liga Juara-Juara bulan lalu terlepas enam perlawanan terakhir juara Inggeris itu.

Sebagai rekod, City sudah pun tanpa pemain tengah Rodri dan Oscar Bobb yang mengalami kecederaan jangka panjang, namun Guardiola menegaskan hanya akan menampilkan De Bruyne hanya setelah pemain Belgium berkenaan pulih sepenuhnya.

“Kecuali Rodri dan Oscar, yang lain sedang dalam latihan dan semakin baik, tetapi Kevin misalnya tidak betul-betul cergas.

“Ia bukan isu baharu tetapi dia berasa tidak pulih sepenuhnya. Kevin bukan lagi berusia 22 tahun, dia perlu cergas sepenuhnya sebelum kembali bersama pasukan. Dia masih tidak berasa selesa untuk menyerlahkan potensi luar biasanya sebaik mungkin.

“Dia berlatih dengan lebih baik tetapi dia berasa tidak sihat. Dia berkata dia berasa tidak sihat. Jika anda tidak berasa sihat, ambil masa anda,” ujar Guardiola.

Pada hari Rabu, City berdepan juara Czech Sparta, yang mengekori rapat dengan empat mata selepas menewaskan RB Salzburg 3-0 pada perlawanan pembukaan dan seri 1-1 dengan VfB Stuttgart.

Mengulas lanjut Guardiola berkata: “Mereka mencipta banyak masalah (untuk Stuttgart). Saya tidak mengenali Sparta sehingga dua hari terakhir apabila mula menonton mereka dan mempunyai tanggapan yang baik,” ujar Guardiola.

Artikel Berkaitan:

LIGA JUARA-JUARA

KHAMIS (24 OKTOBER)

Atalanta lwn Celtic, 12.45 tengah malam

Brest lwn Bayer Leverkusen, 12.45 tengah malam

Red Bull Leipzig lwn Liverpool, 3 pagi

Manchester City lwn Sparta Prague, 3 pagi

Barcelona lwn Bayern Munich, 3 pagi

Atlético Madrid lwn Lille, 3 pagi

Red Bull Salzburg lwn Dinamo Zagreb, 3 pagi

Benfica lwn Feyenoord Rotterdam, 3 pagi

Young Boys lwn Inter Milan, 3 pagi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!