Wanita pecahkan cermin tidak puas hati kereta ditarik

Seorang wanita bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan batu bata sambil dibantu seorang lelaki.
Seorang wanita bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan batu bata sambil dibantu seorang lelaki.
A
A
A

SHAH ALAM - Tular sebuah video di laman Facebook memaparkan seorang wanita bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan batu bata.

Menerusi video berdurasi satu minit dan tiga saat itu, difahamkan wanita tersebut bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kerana ada pihak cuba menarik keretanya.

Wanita berkenaan merosakkan bahagian kereta itu kerana ia merupakan hasil daripada duit peluh pemilik selama ini membuat kemasan pada kereta terbabit.

Kelihatan juga seorang individu lelaki membantu wanita terbabit merosakkan kereta tersebut.

Difahamkan juga, kereta itu pada awalnya sudah dicangkuk untuk diangkut lori penunda, namun wanita tersebut menghidupkan enjin dan menurunkan kereta itu sehingga ada kerosakan pada trak penunda.

Kereta tersebut juga dipercayai sudah lapan bulan tidak dibayar kepada bank berkenaan.

Hantaran video itu mendapat pelbagai reaksi warga maya, ada yang mengatakan tindakan itu hanya sia-sia kerana ia akan membuatkan kereta tersebut tidak dapat dilelong dengan harga sepatutnya bagi membantu dia mengurangkan bebanan hutang bank.

Ada yang mengatakan wanita tersebut akan disenarai hitam untuk selamanya dan berpendapat dia akan kerugian kerana akan menanggung kos besar pada kemudian hari.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!