Ahli Parlimen EU protes terhadap Isreal dengan kod QR di baju

Rakyat Palestin hidup menderita susulan serangan bom Israel. Foto AFP
Rakyat Palestin hidup menderita susulan serangan bom Israel. Foto AFP
A
A
A

BRUSSELS - Seorang Ahli Parlimen Eropah (EP) dari Itali melakukan protes semasa sesi parlimen pada Selasa dengan memakai kemeja-T yang memaparkan kod QR yang menunjukkan angka, nama dan umur rakyat Palestin yang terbunuh dalam apa yang dirujuknya sebagai 'genosid oleh Israel' di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

"Sekali lagi, majoriti parlimen ini menunjukkan dwistandard dan persubahatannya kepada dunia,” kata Della Valle, ahli EP yang baru dipilih dalam pilihan raya Jun lepas dari podium semasa sesi di Brussels sambil memakai kemeja-T berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan Israel menyerang Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU) -- hanya kebimbangan yang dinyatakan.

"Oleh itu, kerugian di Gaza kini ditambah dengan yang di Lubnan. Sekarang, tentera UNIFIL dan tentera Itali kita juga menjadi sasaran. Apakah yang diperlukan oleh EU untuk menamatkan dwistandard dan hipokrasi serta menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB?” soal beliau secara retorik.

Pengimbasan Kod QR berkenaan membawa pengguna ke laman sesawang visualisingpalestine.org, yang menunjukkan bahawa "34,344 rakyat Palestin telah terbunuh antara 7 Oktober 2023 dan 31 Ogos 2024.

” Laman sesawang itu menyediakan nama, jantina dan umur mangsa yang telah terkorban apabila pengguna mengklik pada angka manusia di halaman berkenaan.

Seorang lagi ahli EP telah membuat aduan kepada pengerusi sesi selepas ucapan Della Valle kerana melanggar peraturan. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!