Warga emas sorok 11,000 batang rokok seludup bawah lantai rumah

Hasil pemeriksaan terhadap kediaman terbabit telah menemui rokok putih di bawah lantai di ruang tamu dalam serbuan di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat pada Selasa.
Hasil pemeriksaan terhadap kediaman terbabit telah menemui rokok putih di bawah lantai di ruang tamu dalam serbuan di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat pada Selasa.
A
A
A

TUMPAT - Taktik seorang warga emas menyorok 11,000 batang rokok putih yang dipercayai diseludup dari Thailand di bawah lantai rumah berjaya dihidu oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan selepas melakukan serbuan di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu di sini pada Selasa.

Serbuan yang dilakukan pada jam 2 pagi semasa Op Taring Wawasan Kelantan itu menahan seorang lelaki berusia 63 tahun untuk membantu siasatan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan terhadap kediaman terbabit telah menemui rokok putih di bawah lantai di ruang tamu.

"Anggaran nilai rampasan ialah RM11,000 dan kes disiasat bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

"Suspek dan barang rampasan diserahkan ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Tumpat untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Rabu.

Menurutnya, dengan penangkapan suspek pihaknya berjaya menumpaskan kegiatan penjualan rokok tidak bercukai yang dikesan di kawasan terbabit.

Beliau berkata, serbuan dibuat atas maklumat penjualan rokok tidak bercukai dimana PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!