MBSJ laksana kutipan sampah pukal percuma sempena Deepavali

Pemakluman kutipan sampah pukal percuma sempena Deepavali di kawasan pentadbiran MBSJ.
Pemakluman kutipan sampah pukal percuma sempena Deepavali di kawasan pentadbiran MBSJ.
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan kutipan sampah pukal secara percuma bagi kawasan perumahan teres sempena Deepavali.

MBSJ dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan itu dilaksanakan selama sepuluh hari bermula 21 Oktober hingga 30 Oktober 2024 di semua kawasan pentadbiran MBSJ.

Menurutnya, kategori kutipan sampah pukal hanya melibatkan tilam, perabot lama dan seumpamanya.

"Ingin ditegaskan, sampah ubah suai rumah, pindah rumah, barangan elektrik serta barang kitar semula adalah tidak termasuk di dalam perkhidmatan kutipan sampah pukal ini.

"Permohonan perkhidmatan kutipan sampah pukal boleh dilaksanakan terus melalui KDEBWM melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-35584437 bermula 14 Oktober hingga 23 Oktober 2024," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Ujar kenyataan itu, keutamaan diberikan kepada penduduk di bawah kawasan pentadbiran MBSJ yang menyambut perayaan Deepavali.

Katanya, pemohon akan dihubungi oleh pihak KDEBWM bagi menetapkan tarikh pelaksanaan kutipan dan dikehendaki meletakkan sampah pukal masing-masing di hadapan rumah.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!