Bertemakan Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat, Belanjawan 2025 dibentang Jumaat lalu dengan penerusan agenda reformasi Malaysia Madani.Dengan tumpuan kepada beberapa isu termasuk penyasaran subsidi petrol RON95, gaji pekerja dan pengembangan PMKS, dokumen ini diharap dapat menjadi jawapan kepada isu ekonomi rakyat pada ketika ini.