21 kenderaan berjaya dilelong dengan harga RM51,000

Pegawai JPJ membuat lelongan awam kenderaan sita bagi siri 2/2024 di Dewan Sri Makmur, Kompleks JPJ, Indera Mahkota pada Rabu. Foto JPJ Pahang
Pegawai JPJ membuat lelongan awam kenderaan sita bagi siri 2/2024 di Dewan Sri Makmur, Kompleks JPJ, Indera Mahkota pada Rabu. Foto JPJ Pahang
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengutip RM51,000 hasil lelongan awam kenderaan sita bagi siri 2/2024 di Dewan Sri Makmur, Kompleks JPJ, Indera Mahkota pada Rabu.

Pengarahnya, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata, lelongan itu melibatkan 23 kenderaan, 21 berjaya dilelong dengan 19 pembida.

"Sebuah kereta jenis Honda Stream tahun 2007 yang dibuka pada harga RM 11,600 mendapat bidaan tertinggi iaitu RM23,700.

"Bidaan permulaan yang terendah ialah RM250 melibatkan dua buah motosikal jenis Demak Ex90 tahun 2012," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebahagian pembida yang hadir pada sesi lelongan awam kenderaan sita bagi siri 2/2024 di Dewan Sri Makmur, Kompleks JPJ, Indera Mahkota pada Rabu. Foto JPJ Pahang.
Sebahagian pembida yang hadir pada sesi lelongan awam kenderaan sita bagi siri 2/2024 di Dewan Sri Makmur, Kompleks JPJ, Indera Mahkota pada Rabu. Foto JPJ Pahang.

Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya sebelum itu berkata, 23 kenderaan sita berkenaan termasuk 11 motosikal, lapan kereta dan sebuah kenderaan pikap iaitu Land Rover 109 yang dikategori sebagai kenderaan sekerap.

"Land Rover 109 dibida dengan jumlah minimum pada lelongan kali ini iaitu RM 1,300," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!