WhatsApp perkenal nama kenalan, ganti perkongsian nombor telefon

Pengguna WhatsApp tidak lagi perlu memenuhkan buku kenalan dan boleh menyimpan seseorang kenalan terus pada aplikasi tersebut.
Pengguna WhatsApp tidak lagi perlu memenuhkan buku kenalan dan boleh menyimpan seseorang kenalan terus pada aplikasi tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengguna WhatsApp tidak lagi perlu memenuhkan buku kenalan dan boleh menyimpan seseorang kenalan terus pada aplikasi tersebut.

Ia selepas Aplikasi WhatsApp mengumumkan pengenalan kebolehan tersebut baru-baru ini.

WhatsApp mengatakan pengguna turut boleh menyimpannya seseorang seperti kenalan untuk perniagaan menggunakan WhatsApp Web atau di desktop dan bukan terhad di peranti mudah-alih sahaja.

WhatsApp berkata, adalah langkah permulaan sebelum mereka memperkenalkan ciri nama pengguna di WhatsApp, memudahkan pengguna menambah kenalan menggunakan nama pengguna tanpa perlu berkongsi nombor telefon.

Bagaimanapun latar masa pengenalan rasmi untuk ciri ini tidak dikongsikan lagi buat masa ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!