Pelaburan dalam negara kembali kukuh
GOMBAK - Kedudukan ekonomi Malaysia kini semakin baik dengan pelaburan dalam negara kembali kukuh.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kedudukan itu membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat.
"Dalam tempoh 20 bulan lalu negara bergelut kekangan ekonomi dan kewangan namun hari ini kita gembira kerana pelabur asing telah kembali ke Malaysia dengan meletakkan pelaburan mereka," katanya ketika berucap pada Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia di sini hari ini.
Azmin dalam ucapannya turut menyentuh mengenai perpaduan dalam negara semakin utuh dengan kepelbagaian budaya dan agama menjadi antara identiti di Malaysia.
Ahli Parlimen Gombak itu juga mahu masyarakat berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana keunikan dalam negara yang tidak terdapat di negara lain.
"Kepelbagaian kaum menjadi kekuatan walaupun berbeza budaya dan agama namun dapat hidup bersama.
"Di China dan India hampir keseluruhan rakyatnya adalah kaum Cina dan India, begitu juga di Amerika yang semuanya orang barat tetapi di Malaysia unik, kita orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!