Protes baharu meletus di Dhaka, lima cedera

Demonstrasi baharu meletus di Dhaka, Bangladesh mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam pertempuran dengan polis tempatan - Gambar file Reuters
Demonstrasi baharu meletus di Dhaka, Bangladesh mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam pertempuran dengan polis tempatan - Gambar file Reuters
A
A
A

MOSCOW - Demonstrasi baharu meletus di Dhaka, Bangladesh mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam pertempuran dengan polis tempatan, lapor Sputnik.

Penunjuk perasaan menuntut peletakan jawatan Presiden Bangladesh, Mohammad Shahabuddin susulan kenyataannya baru-baru ini mengenai peletakan jawatan bekas Perdana Menteri negara itu, Sheikh Hasina.

Seramai lima orang termasuk dua wartawan cedera ringan apabila polis menggunakan "stun grenade” ketika penunjuk perasaan cuba menembusi penghadang di hadapan kediaman rasmi presiden, lapor portal berita The Daily Star pada Selasa.

Selain itu, polis turut menggunakan belantan dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Protes terhadap sistem kuota kerajaan Bangladesh dalam sektor awam tercetus pada Jun, sebelum memuncak pada Ogos.

Pertempuran antara pelajar, polis dan penyokong kerajaan menyebabkan lebih 500 orang terbunuh, lapor media Bangladesh.

Situasi berkenaan menyumbang kepada pengunduran bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!