Tipu jualan emas: Siti Hajartul Haini ditahan sebaik tiba di Malaysia

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Siti Hajartul Haini Abd Hamid pada Selasa berhubung penipuan jualan emas membabitkan kerugian jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita yang dikehendaki polis itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Beliau berkata, wanita berusia 37 tahun tersebut ditahan di lapangan terbang itu sebaik tiba ke negara ini dari Dubai.

"Suspek direman di Mahkamah Alor Setar hari ini bagi membantu siasatan," katanya pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan lebih 100 mangsa berputih mata apabila kerugian lebih RM110 juta selepas diperdaya dengan harga emas 916 yang lebih rendah dari pasaran oleh Siti Hajartul sejak dua bulan lalu.

Siti Hajartul diburu kerana menjadi orang tengah yang mengumpul wang berkenaan.

Mangsa kebanyakannya bekerja di satu unit di sebuah hospital awam di Lembah Klang, selain guru di beberapa negeri.

Sama seperti skim kutu yang memperdaya mangsa sebelum ini, pelabur ditawarkan dengan harga murah sehingga ada yang sanggup meminjam daripada saudara mara, rakan dan peminjam wang tanpa lesen semata-mata merebut 'tawaran hebat' terbabit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!