MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Trami

MetMalaysia memaklumkan ribut tropika Trami dikesan berlaku 1,281 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang berlaku di Sabah.
MetMalaysia memaklumkan ribut tropika Trami dikesan berlaku 1,281 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang berlaku di Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Trami yang dikesan berlaku 1,281 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang berlaku di Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 15.7 utara dan longitud 124.4 timur, kira-kira 395 km ke Timur Laut Manila, Filipina.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika berkenaan bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j) dan boleh mencapai maksimum 83 km/j.

Menurut MetMalaysia, selain hujan dan angin kencang yang berterusan, keadaan laut bergelora juga akan berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!