Stor simpan aksesori kereta terbakar
KLANG - Sebuah stor menyimpan aksesori kereta musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Pandamaran pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 12.35 tengah hari.
"Seramai 11 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Operasi pemadaman api turut dibantu anggota dan pegawai dari BBP Klang Utara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran melibatkan sebuah stor jenis Kelas B.
"Stor berkenaan musnah 90 peratus. Kejadian tersebut tidak melibatkan mangsa, punca kejadian masih dalam siasatan," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!