Op Naga Barat tahan 124 vesel

Muhammad membuat sidang akhbar semasa tinjauan di lakukan perairan Tok Bali di sini.
Muhammad membuat sidang akhbar semasa tinjauan di lakukan perairan Tok Bali di sini.
A
A
A

KOTA BHARU - Op Naga Barat yang mula dilaksanakan sejak awal Mei tahun lalu berjaya menahan 124 vesel dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM154 juta.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Muhammad Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, kejayaan itu hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Menurutnya, sehingga sehingga 4 Februari lalu rampasan membabitkan bot nelayan asing bernilai RM133.5 juta, RM16.5 juta bot nelayan tempatan dan RM4 juta bagi kapal kargo.

"Sebanyak 2,892 pemeriksaan dijalankan terhadap pelbagai jenis vesel sepanjang Op tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Jamaludin Othman melakukan tinjauan di kawasan perairan Tok Bali di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, 31 bot telah dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia dan nilai denda yang dikenakan melebihi RM12 juta manakala kompaun pula sebanyak RM41,600.

Ketika ditanya mengenai cabaran berdepan musuh lautan, beliau memberitahu, walaupun tugas mereka nampak mudah namun cabaran tonto di darat adalah 'pemula' kepada semua pergerakan di laut.

"Tonto di darat memainkan peranan besar. Mereka akan melaporkan pergerakan kami kepada penceroboh di lautan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, kami menggunakan pelbagai kaedah dan berjalan dengan baik. Tonto ini kebanyakannya rakyat negara kita sendiri tetapi ada juga warga asing," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!