Tak ambil satu sen, Fattah Amin infak komisen jualan kambing perap

Fattah memilih untuk menginfaq komisen yang diterima baru-baru ini kepada golongan memerlukan.
Fattah memilih untuk menginfaq komisen yang diterima baru-baru ini kepada golongan memerlukan.
A
A
A

AKTOR yang baru-baru ini mendapat jolokan 'duda hot', Fattah Amin kembali menjadi perhatian umum apabila menolak untuk menerima wang komisen hasil jualan sebuah jenama kambing perap.

Menerusi perkongsian dalam akaun rasmi Instagram jenama tersebut, mereka berkongsi tangkap layar perbualan bersama Fattah mengenai jumlah komisen yang sepatutnya diterima selebriti berusia 34 tahun itu.

Bagaimanapun bapa kepada seorang cahaya mata itu meminta agar hasil komisen itu diuruskan pihak jenama kambing perap itu untuk diinfakkan.

Fattah ketika sesi siaran langsung baru-baru ini.
Fattah ketika sesi siaran langsung baru-baru ini.

“Alhamdulillah. Terima kasih bos. Cuma saya nak minta tolong urusan wang komisen tersebut boleh? Infak kepada orang yang memerlukan,” tulis Fattah dalam mesej tersebut.

Sementara itu pemilik jenama daging tersebut meluahkan rasa kecewa kerana Fattah enggan menerima wang komisen daripadanya.

“Kecewa dengan tindakan Fattah Amin. Kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen pun atas hasil penat lelah menjual kambing.

“Tapi kami bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Kami minta izin untuk kongsi supaya dijadikan inspirasi buat rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima. Moga dibalas segala kebaikkan Fattah Amin,” tulis wakil jenama tersebut pada bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Minggu lalu Fattah telah muncul dalam sesi siaran langsung jenama daging tersebut untuk mempromosikan pek promosi mereka.

Sesi siaran langsung selama tiga jam tersebut telah meraih jumlah tontonan sebanyak 100,000 dan lebih 44 juta tanda suka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!