Nahas di Jalan Beting: Polis kesan lori, minta pemilik 'dashcam' bantu siasatan
KUALA PILAH - Polis mengesan pemandu lori yang didakwa menyebabkan kemalangan membabitkan penunggang motosikal di Jalan Kampung Parit Tinggi-Beting di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, kejadian pada jam 5.17 petang itu berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum ia tular di laman sosial Facebook.
"Siasatan awal mendapati, melalui rakaman video tersebut menunjukkan sebuah lori nombor pendaftaran tidak pasti telah memandu secara melulu.
"Lori berkenaan kemudiannya masuk ke laluan bertentangan sehingga mengakibatkan penunggang motosikal terbabas di bahu jalan kerana mengelak lori tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ujarnya, selepas kemalangan, pemandu kenderaan tersebut tidak memberhentikan kenderaannya sebaliknya meneruskan perjalanan, manakala penunggang motosikal dipercayai telah cedera.
"Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Pilah masih mengesan kenderaan yang terlibat.
"Justeru, pemandu kenderaan serta pemilik kamera papan pemuka yang merakam kemalangan tersebut digesa tampil hadir ke Balai Trafik Kuala Pilah untuk membantu siasatan," katanya.
@sinarharianonline Polis mengesan pemandu lori yang didakwa menyebabkan kemalangan membabitkan penunggang motosikal di Jalan Kampung Parit Tinggi-Beting, Kuala Pilah pada Selasa. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, kejadian pada jam 5.17 petang itu berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum ia tular di laman sosial Facebook. "Lori berkenaan kemudiannya masuk ke laluan bertentangan sehingga mengakibatkan penunggang motosikal terbabas di bahu jalan kerana mengelak lori tersebut," katanya. Justeru, pemandu kenderaan serta pemilik kamera papan pemuka yang merakam kemalangan tersebut digesa tampil hadir ke Balai Trafik Kuala Pilah untuk membantu siasatan. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Kemalangan
original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!