PEH24 tingkatkan kapasiti eksekutif halal

Amir (barisan belakang, lima dari kanan) bersama barisan penaja korporat sempena PEH24 pada Selasa.
Amir (barisan belakang, lima dari kanan) bersama barisan penaja korporat sempena PEH24 pada Selasa.
A
A
A

BANGI - Penganjuran Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2024 (PEH24) selama dua hari bermula Selasa bertujuan meningkatkan kapasiti eksekutif halal dari segi ilmu pengetahuan dan kebolehupayaan peserta dalam bidang berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa berkata, menerusi sesi perkongsian berisan 20 panel pakar pelbagai bidang, ia dapat memberi pendedahan penting kepada pemain industri halal untuk memperbaiki dan menaik taraf mutu prestasi perniagaan mereka.

Amir ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Perasmian PEH24 Martabat Profesion Eksekutif Halal di Bangi Avenue Convention Centre pada Selasa.
Amir ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Perasmian PEH24 Martabat Profesion Eksekutif Halal di Bangi Avenue Convention Centre pada Selasa.

“Kita juga hendak jadikan persidangan ini sebagai platform untuk membina rangkaian dalam perniagaan.

“Tujuannya supaya mereka (peserta dan wakil industri) boleh bertukar pengalaman. Jadi program ini menjadi titik pertemuan untuk mereka semua meningkatkan kerjaya di luar suatu hari nanti.

“Dalam masa sama, kami di Kolej UNITI juga dapat memperkukuhkan hubungan dengan pemain-pemain industri,” katanya selepas majlis perasmian PEH24 yang disempurnakan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Shahril Abd Samat di Bangi Avenue Convention Centre pada Selasa.

Amir Hamzah yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur PEH24 berkata, acara yang dianjurkan bersama Pusat Kecemerlangan Halal Kolej UNITI (UHAC) itu mendapat sambutan menggalakkan dengan mencatatkan kehadiran seramai 300 peserta dari seluruh negara.

Menurutnya, ia merupakan satu kejayaan membanggakan kerana jumlah penyertaan PEH24 lebih tinggi berbanding penganjurannya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"PEH24 juga merupakan manifestasi komitmen Kolej UNITI sebagai Pusat Latihan Halal yang diiktiraf oleh Jakim sejak 2018 untuk terus menyumbang kepada pengukuhan ekosistem industri halal negara, serantau dan global melalui dalam program–program pendidikan, latihan profesional, bengkel, seminar dan persidangan," ujarnya.

Ulas beliau, Kolej UNITI dan UHAC turut melancarkan program Halal Edutourism dan Mobiliti UNITI pada majlis sama.

Jelasnya, pelancaran itu diharap dapat mempopularkan industri halal Malaysia sekali gus membantu merancakkan sektor pelancongan negara.

"Selaras dengan pelan induk #UNITI2030, UHAC akan mula memperkenalkan penawaran program pendidikan, latihan dan sosialisi halal melalui program mobiliti dan edutourism.

"Program Halal Edutourism dan Mobiliti ini merupakan strategi pengembangan penawaran tidak hanya di peringkat nasional malah menjangkau ke pasaran serantau dan global.

“Berbekalkan kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang berkaitan pendidikan halal, UHAC bertekad menerajui bidang Halal Edutourism di negara ini," ulasnya.

Jelas Amir Hamzah, bagi merealisasi hasrat tersebut, UHAC akan menyertai promosi di Karnival Mobility & Edutourism bersempena Malaysia Fair di Tokyo bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 30 Oktober hingga 3 November ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!