2 individu termasuk bekas pegawai jabatan kerajaan direman kes rasuah

Suspek disyaki menerima suapan RM50,000 berhubung membantu mendapatkan projek daripada sebuah jabatan kerajaan ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu bagi permohonan reman.
Suspek disyaki menerima suapan RM50,000 berhubung membantu mendapatkan projek daripada sebuah jabatan kerajaan ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu bagi permohonan reman.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman dua individu termasuk seorang bekas pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM50,000.

Menurut sumber, suapan tersebut diberikan sebagai balasan membantu mendapatkan projek-projek daripada jabatan tersebut.

Kata sumber, perintah reman selama enam hari sehingga Isnin telah dikeluarkan oleh Majistret Noor Fazlin Hamdan terhadap kedua-dua suspek, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia lingkungan 20-an hingga 50-an telah ditahan jam 5 petang pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2021 hingga 2024.

"Salah seorang suspek iaitu bekas pegawai kanan disyaki telah menerima kira-kira RM50,000 tunai secara berperingkat daripada suspek kedua iaitu pengarah sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan tiga projek untuk syarikat tersebut," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!