Sebutan kes Norjuma hina mahkamah Januari tahun depan

Mahkamah Tinggi menetapkan sebutan kes menghina mahkamah membabitkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed, pada 28 Januari tahun depan.
Mahkamah Tinggi menetapkan sebutan kes menghina mahkamah membabitkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed, pada 28 Januari tahun depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, menetapkan sebutan kes menghina mahkamah membabitkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed, pada 28 Januari tahun depan.

Timbalan Pendaftar, Mohamad Suffian Jaafar memutuskan demikian selepas permohonan berkenaan dibuat di Jabatan Insolvensi kepada Mahkamah Tinggi di sini pada 20 September lalu.

Berdasarkan permohonan tersebut, Norjuma, 44, yang telah diperintahkan bankrap didapati telah dengan sengaja gagal menyerahkan milikan mana-mana bahagian hartanya yang boleh dibahagikan kepada pemiutang-pemiutangnya.

Ia dibuat mengikut Akta Insolvensi 1967, tertakluk bawah subseksyen 27 (4) Akta Insolvensi 1967.

Sementara itu, Norjuma berkata, terdapat kekeliruan berhubung isu tersebut.

"Jika bercakap mengenai isu muflis, Bank Negara mengesahkan tiada kes sebab dalam perkara berkaitan, penilaian dalam laporan kredit perlu dikembalikan kepada laporan Bank Negara.

"Kalau kita sudah selesaikan isu senarai hitam dengan Bank Negara dan dinyatakan tiada hutang, maka tidak timbul persoalan mengenai rumah, kereta serta sebarang hutang lain," katanya, ketika ditemui selepas prosiding di luar mahkamah.

Pada 21 Mac 2023, Mahkamah Tinggi George Town, Pulau Pinang mengisytiharkan usahawan tudung itu bankrap selepas gagal melunaskan hutang RM260,400 kepada Syarikat Fame Up Entertainment.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Pendaftar Siti Zulaikha Nordin menyampaikan keputusan itu, selepas mendengar petisyen pemiutang yang difailkan Syarikat berkenaan melalui peguam, Muhammad Hassanuddin Roslan pada Oktober 2022.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!