OKU bagi alasan dipukau punca ceroboh rumah ADUN

Mohd Khairol Anuar dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Pantai Remis selepas dijatuhi hukuman penjara tiga minggu atas kesalahan menceroboh rumah ADUN.
Mohd Khairol Anuar dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Pantai Remis selepas dijatuhi hukuman penjara tiga minggu atas kesalahan menceroboh rumah ADUN.
A
A
A

BERUAS - Majistret menasihatkan seorang buruh supaya tidak menggunakan kecacatannya sebagai alasan membenarkan melakukan kesalahan dan menceroboh mana-mana rumah.

Majistret, Nurul Izalina Rajaai memberikan nasihat itu setelah mendengar rayuan Mohd Khairol Anuar Nordin, 36, yang juga orang kurang upaya (OKU) di Mahkamah Majistret Pantai Remis pada Rabu.

"Kalau kamu menceroboh rumah yang pemiliknya ada memelihara anjing dan digigitnya kamu, nanti kamu juga yang bermasalah," ujar beliau.

Mohd Khairol Anuar dijatuhi hukuman penjara tiga minggu selepas mengaku bersalah menceroboh kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Azman Noh.
Mohd Khairol Anuar dijatuhi hukuman penjara tiga minggu selepas mengaku bersalah menceroboh kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Azman Noh.

Ditanya alasan dia menceroboh rumah tersebut, Mohd Khairol Anuar yang mengalami kecacatan di kaki kanan memaklumkan dirinya tidak ingat dan mendakwa seolah-olah dipukau.

Pada prosiding itu, Mohd Khairol Anuar dijatuhi hukuman penjara tiga minggu selepas mengaku bersalah menceroboh kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Azman Noh.

Nurul Izalina memerintahkan Mohd Khairol Anuar menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 12 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa menceroboh kediaman tersebut dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang, tanpa kebenaran pemiliknya, Azman, 57.

Artikel Berkaitan:

Kesalahan itu dilakukan di kawasan kediaman Jalan Sitiawan, Kampung Bakar Bata, Ayer Tawar di sini sekitar jam 10 malam pada 12 Oktober lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hairol Jemain manakala tertuduh diwakili oleh Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), A Sive Ganesh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!