Harga runcit RON95, RON97, diesel kekal
PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM3.19 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Oktober ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter untuk tempoh berkenaan.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!