Bandar Hangzhou larang jual ubat selesema di farmasi

Penduduk Vietnam (tengah) menerima topeng muka percuma di Hanoi hari ini. - Foto AFP
Penduduk Vietnam (tengah) menerima topeng muka percuma di Hanoi hari ini. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Bandar Hangzhou yang mempunyai populasi 10 juta penduduk bakal melarang sementara penjualan ubat selesema dan batuk di farmasi dalam usaha memaksa orang ramai yang tidak sihat berjumpa doktor.

Menurut laporan New York Times, kerajaan tempatan dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam semalam memaklumkan. dasar yang berkuat kuasa serta-merta itu diwujudkan untuk mengetatkan lagi pengawasan terhadap individu yang mengalami demam serta batuk.

Sejak beberapa minggu lalu, beberapa berita di China mendedahkan orang ramai menggunakan ubat untuk mengurangkan gejala koronavirus agar dapat melepasi pemeriksaan kesihatan di negara itu.

Di media sosial, orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan keputusan bandar Hangzhou meskipun ada di antaranya berpendapat ia cara terbaik untuk mengenal pasti kes koronavirus yang mungkin tidak dapat dikesan.

Ada juga di antara mereka khuatir langkah memaksa orang ramai ke hospital akan mempercepatkan lagi penularan wabak kerana pembawa virus sudah pastinya berada di sana.

"Terpaksa ke hospital walaupun hanya selesema biasa? Bagaimana jika ke hospital dan dijangkiti?" tulis seorang pengguna media sosial. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!