Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM

Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota. Foto Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota. Foto Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.

"Dalam pertemuan ini, pelbagai isu terkini dan berkaitan negeri Johor telah disampaikan serta dibincangkan,” menurut hantaran di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail pada Rabu.

Turut hadir pada sesi itu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai perancangan serta pembangunan sukan bola sepak negara dan pasukan kebangsaan,” menurut hantaran itu.

Menerusi hantaran berasingan, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki di tempat sama. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!