Enggan minta sumbangan, isteri Azlan Komeng giat jual sos asli Thai

Cekal menjaga suami yang terlantar lumpuh, isteri pelakon Azlan Komeng tetap berdikari untuk mencari wang sendiri demi memenuhi keperluan hidup.
Cekal menjaga suami yang terlantar lumpuh, isteri pelakon Azlan Komeng tetap berdikari untuk mencari wang sendiri demi memenuhi keperluan hidup.
A
A
A

CEKAL menjaga suami yang terlantar lumpuh, isteri pelakon Azlan Komeng tetap berdikari untuk mencari wang sendiri demi memenuhi keperluan hidup.

Nur Nilam Ortiz, 46, enggan menerima bantuan atau membuka tabung mengumpul sumbangan bagi menampung perbelanjaan rawatan suaminya yang juga seorang pelakon aksi.

Berkongsi perkara itu di TikTok, wanita kacukan Thailand-Sepanyol itu kini melakukan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual sos hijau Thai di aplikasi tersebut.

"Ramai yang tanya kami tak buka tabung sumbangan ke? Kami tak nak buka tabung (sumbangan). Insya-ALLAH, kami berniaga kecil-kecilan sahaja.

"ALLAH akan cukupkan keperluan kami dengan meniaga. Daripada sokongan (membeli sos), kami dapat menampung kos beli lampin, susu dan sebagainya. Ini sos hijau asli Thailand," katanya.

Sebelum ini Azlan dan Nur Nilam dilapor terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan hingga menyebabkan pelakon itu cedera parah.

Pelakon filem Remp-It dan Hikayat Merong Mahawangsa itu mengalami patah tangan kanan, kedua-dua belah kaki dan pinggul manakala Nur Nilam tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga 22 Januari 2022.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!