MPFN setuju bangunkan pelan perancangan spatial marin Malaysia - PM

Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-46 pada Rabu.
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-46 pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah memutuskan untuk membangunkan pelan perancangan spatial marin Malaysia bagi memacu pelaksanaan Ekonomi Biru dan tadbir urus kelautan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-46 pada Rabu berkata, pembangunan itu akan dapat meningkatkan potensi lautan negara.

"Kerajaan yakin pembangunan dasar yang jelas ini akan membolehkan potensi lautan negara dapat dioptimumkan sebagai sumber ekonomi negara di samping meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek pelaburan di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata, mesyuarat itu juga bersetuju untuk terus memperkasa pembangunan infrastruktur mesra Orang Kurang Upaya di setiap bangunan dan tempat awam selaras prinsip MADANI yang menekankan konsep inklusiviti bagi memastikan tiada kelompok diabaikan dalam menikmati pembangunan Malaysia.

Anwar berkata, mesyuarat itu adalah platform perbincangan penting antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meneliti perkara terkait perancangan pembangunan bandar, desa dan guna tanah negara untuk dimanfaatkan secara bersama.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!