Bantai Belal atau Shavkat dan takluk welterweight UFC

Khamzat sedia bertarung di welterweight jika ia melibatkan pertarungan merebut kejuaraan. Foto Agensi
Khamzat sedia bertarung di welterweight jika ia melibatkan pertarungan merebut kejuaraan. Foto Agensi
A
A
A

ATLET seni bela diri campuran (MMA) kelahiran Gvardeyskoye, Chechnya, Khamzat Chimaev menyatakan kesanggupannya untuk merebut tali pinggang kategori walterweight UFC.

Khamzat yang bertarung dalam divisyen middleweight memiliki rekod sempurna 13-0 dan pertarungan terakhirnya di dalam Oktagon adalah menentang bekas juara, Kamaru Usman pada 21 Oktober tahun lalu di Arena Etihad, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam pertarungan itu, Khamzat diumum sebagai pemenang menerusi keputusan sebulat suara tiga hakim.

Khamzat di awal kemunculannya digelar sebagai versi 'penjahat' Khabib Nurmagomedov oleh peminat UFC. Foto Agensi
Khamzat di awal kemunculannya digelar sebagai versi 'penjahat' Khabib Nurmagomedov oleh peminat UFC. Foto Agensi

Jika mahu beraksi di welterweight, Khamzat perlu menurunkan berat badan sehingga 6.8 kilogram (kg) bagi membolehkannya bertarung dengan lawan sama berat iaitu 77.1kg.

Peraturan UFC menyaksikan berat badan bagi divisyen middleweight adalah 83.9kg.

Bagi kebanyakan petarung, proses menurunkan berat badan adalah metodologi yang 'menyeksakan' dan disebabkan itu, kebanyakan atlet MMA lebih selesa bertukar ke kategori lebih berat kerana tidak perlu menjalani penurunan berat badan yang drastik.

Namun, bagi Khamzat ia bukan satu masalah besar buat dirinya.

Artikel Berkaitan:

“Kenapa tidak? Jika UFC mahu saya bertarung untuk merebut gelaran welterweight, saya akan melakukannya tiada masalah!

“Yang penting saya perlu mengalahkan penyandang juaranya bukan?” ujar Khamzat.

Khamzat pernah diramal menjadi bintang utama UFC bagi menggantikan Conor McGregor. Foto Agensi
Khamzat pernah diramal menjadi bintang utama UFC bagi menggantikan Conor McGregor. Foto Agensi

Ketika ini, juara bagi divisyen welterweight adalah petarung berdarah Palestin, Belal Muhammad.

Belal akan mempertahankan tali pinggangnya buat kali pertama menentang Shavkat Rakhmonov dari Kazakhstan di UFC 310 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pada 8 Disember ini.

Atas kertas, Shavkat (18-0) dijangka mampu merampas kejuaraan daripada Belal (24-3) berdasarkan rekod pertarungan profesional MMA.

Bagi Khamzat sendiri, dia bakal bertarung dengan jaguh New Zealand, Robert Whittaker yang memiliki rekod 27-7 di UFC 308 yang berlangsung di Arena Etihad, awal pagi Ahad ini (2 pagi waktu Malaysia).

Sekiranya menang, Khamzat merampas kedudukan ranking no.3 Whittaker di divisyen middleweight.

Sebagai rekod, Khamzat kini menghuni tangga ke-13 middleweight UFC.

Khamzat dan Robert Whittaker (kanan) akan memasuki Oktagon bagi pertarungan middleweight UFC di Arena Etihad, Abu Dhabi pada awal pagi Ahad ini. Foto Agensi
Khamzat dan Robert Whittaker (kanan) akan memasuki Oktagon bagi pertarungan middleweight UFC di Arena Etihad, Abu Dhabi pada awal pagi Ahad ini. Foto Agensi

Selain pertarungan Khamzat-Whittaker, UFC 308 turut menampilkan acara utama merebut tali pinggang featherweight membabitkan penyandang juara, Illia Topuria (15-0) menentang Max Holloway (26-7).

Dua petarung Dagestan turut beraksi di 'fight card' acara utama UFC 308 iaitu Magomed Ankalaev dan Sharaputdin Magomedov.

Ankalaev (19-1-1) berdepan Aleksandar Rakic (14-4) dalam divisyen light heavyweight. manakala Sharaputdin atau dikenali sebagai Shara Bullet atau Si Lanun berdepan Armen Petrosyan (9-3).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!