Kilang kitar semula tiada lesen, gaji PATI digempur

Op Lusuh Bersepadu di sebuah premis kitar semula di Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang, menahan 37 pekerja asing serta seorang warga tempatan, pada Selasa.
Op Lusuh Bersepadu di sebuah premis kitar semula di Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang, menahan 37 pekerja asing serta seorang warga tempatan, pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Sebuah kilang kitar semula di Taman Perindustrian Pulau Indah, di sini yang beroperasi tanpa lesen serta menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) digempur, pada Selasa.

Op Lusuh Bersepadu itu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) serta Tenaga Nasional Berhad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, serbuan bermula jam 10.30 pagi itu mendapati premis mempunyai 37 pekerja asing terdiri daripada 24 lelaki dan 14 wanita berusia lingkungan 20 hingga 49 tahun.

Katanya, antara kesalahan dikesan ialah pekerja asing tidak memiliki pas yang sah dan tiada dokumen perjalanan.

"Seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun dipercayai penjaga premis telah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 19t9/63, Seksyen 6(1)(c) akta yang sama serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, selain itu, MBDK telah mengeluarkan empat kompaun ke atas penjaga premis.

Tambah Hoong Fong, Op Lusuh Bersepadu ini akan dijalankan secara berterusan agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi undang-undang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Orang awam yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada pihak polis dengan hadir ke balai polis berhampiran atau hubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 agar tindakan sewajarnya diambil dengan segera," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!