Isu tular: KPM akan bertemu Cikgu Din dalam masa terdekat

Tular hantaran mendedahkan Cikgu Din mengalami cabaran dalam hidupnya selepas permintaannya untuk berpindah tidak diluluskan KPM
Tular hantaran mendedahkan Cikgu Din mengalami cabaran dalam hidupnya selepas permintaannya untuk berpindah tidak diluluskan KPM
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan pertemuan bersama guru, Izzuddin Izhar atau juga dikenali sebagai Cikgu Din yang kini berdepan dengan masalah kesihatan dihadapi isterinya.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis, KPM memaklumkan pertemuan yang akan diadakan dalam masa terdekat itu akan membincangkan mengenai kebajikannya dan perkara-perkara lain yang berbangkit.

"KPM mendoakan kesembuhan isteri guru berkenaan dan akan memastikan kebajikan beliau dan keluarga terpelihara," katanya.

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan pertemuan bersama guru, Izzuddin Izhar atau juga dikenali sebagai Cikgu Din yang kini berdepan dengan masalah kesihatan dihadapi isterinya.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan pertemuan bersama guru, Izzuddin Izhar atau juga dikenali sebagai Cikgu Din yang kini berdepan dengan masalah kesihatan dihadapi isterinya.

Terdahulu seorang pengguna media sosial, Harima Abd Rahman mendedahkan Cikgu Din mengalami cabaran dalam hidupnya selepas permintaannya untuk berpindah tidak diluluskan KPM atas atas dasar tempoh perkhidmatannya yang belum mencecah tiga tahun.

Permohonan itu dibuat kerana cikgu berkenaan mahu berada di samping isterinya, Nur Atiqah My Yusoff,30, yang menghidap kanser dan sedang menerima rawatan kemoterapi di sebuah hospital sekitar Kelantan.

Difahamkan beliau ketika ini mengajar subjek Pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Wok, Kanowit, Sarawak berulang-alik setiap dua minggu untuk pulang ke Kelantan bagi memberi sokongan kepada isterinya.

Pengorbanan demi pengorbanan dibuat akhirnya memakan diri apabila Cikgu Din disahkan menghidap tekanan mental atau major depressive disorder (MDD) yang menyaksikannya turut perlu menerima rawatan.

Artikel Berkaitan:

Hantaran yang tular dan mendapat perkongsian lebih 37,000 itu turut memuat naik bersama surat pengesahan daripada hospital mengenai keadaan terkini tahap kesihatan isteri Cikgu Din.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!